La Tahzan :')


Assalamualaikum Muslimin and Muslimat. Hmm, La Tahzan, sesungguhnya Allah bersama kita. Wahai hati, mengapakah sering terluka? mengapa hati sering alpa dengan ketentuan takdir? MasyaAllah. Bila kita sedih, muka boleh nampak bahagia, gembira. Dalam hati? Hanya Tuhan yang tahu :')

Aku mengharapkan yang aku akan sentiasa bahagia, tapi... banyak sangat dugaan yang aku tempuhi ini Ya Allah. Aku tahu Kau tak akan memberi dugaan yang melebihi kemampuannya. Aku sentiasa memikirkannya. Aku kena kuat ! Biarlah semua berlalu.. "Past is past, start new life with new hopes :'D". 

Aku belajar memaafkan seseorang, aku belajar menghormati seseorang, aku belajar memahami seseorang, aku belajar menyayangi seseorang, aku belajar menghargai seseorang, aku belajar menyenangi seseorang. Tapi.. kenapa aku tak sanggup nak melakukannya? Itu tidak susah pun, tetapi ianya sukar untuk dilakukan. 

Dan.. aku merasakan lebih baik aku menilai seribu kali diri kita sendiri sebelum kita menilai diri orang lain walaupun sekali. Masih banyak yang aku harus hadapi.. tapi rasanya bukan aku sahaja yang bgini. masih ramai lagi yang lebih kurang bertuah daripada ku. Aku tahu... aku cuba inginkan kebahagian bukan hanya dari seseorang, tetapi semua orang yang aku sayang :')

"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melepakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain" -sekadar renungan bersama :'X

LA TAHZAN, INNA ALLAHA MA'ANA

No comments:

Post a Comment